Share

#CNY2018 – Soulmate Hingga Jannah (Filem)

Seorang gadis kampung Rokiah bersemangat apabila mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat korporat di Kuala Lumpur. Malangnya, dia terpaksa bekerja di bawah seorang bos kejam bernama Azmeer yang merasakan dirinya “En. Sempurna”. Namun semakin lama, Azmeer mula berubah hati kerana Rokiah mengingatkannya kepada arwah isterinya, Khalisa. Tetapi dia berada dalam keadaan dilema kerana dia telah berjanji kepada isterinya untuk tidak jatuh cinta atau berkahwin dengan wanita lain. Saksikan filem Soulmate Hingga Jannah, 9.30 malam ini di Suria. Dibintangi oleh Taufik Batisah, Erra Fazira, Raja Ilya, Douglas Lim, Reen Rahim.

Leave a Comment